Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Pertama sekali, admin ingin memohon maaf kerana lewat mengemaskini blog ini. Ini berikutan kekangan masa selaku seorang pekerja yang berdedikasi di syarikat cewahh. Haha. Baiklah di bawah ini admin akan titipkan maklumat terkini tentang perkara-perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kedua yang lalu.
Tarikh: Ahad, 19 Februari 2012
Waktu: 5.45 hingga 7.00 petang
Tempat: Rumah Cu Khalid, Shah Alam
Kehadiran:
- Salasiah (Anjang)
- Zazali (Pak Anjang)
- Mohd Shahril (Tekan)
- Siti Mariam (Siti)
- Khalid (Cu Khalid)
- Siti Naquiah (Ayu)
- Noor Hana (Cu Ana)
- Umi Kalthum (Umi)
- Najmuddin (Najmi)
- Hirulzarina (Cu)
- Raba'iyah (Mak Teh)
- Nadiah (Diah)
- Mazlan (Lan)
- Ahmad Zahiruddin (Ahmad)
Antara perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat adalah:
1. Tempat: Sanctuary Resort Cherating, Kuantan, Pahang
2. Tarikh dan hari: 1 hingga 3 Jun 2012, Jumaat hingga Ahad
3. Jumlah penyertaan diterima: 82 orang
4. Bayaran: Akan dikutip oleh Biro Kewangan dan Tajaan
- Dewasa (17 tahun ke atas: RM165.8)
- Kanak-kanak (17 tahun ke bawah: Tiada bayaran)
- T-Shirt (sekadar anggaran: RM20 - RM25)
5. Jumlah tempahan apartment: 12 unit (sila rujuk 'ENTRI 7: Bilik Penginapan' untuk maklumat lebih lanjut)
6. Tentatif program telah pun disediakan oleh Nadiah Ahmad dan akan dimaklumkan dalam jangka waktu terdekat dalam 'ENTRI 8: Tentatif Program'. Terdapat beberapa perubahan yang harus dilakukan sebelum ia disiarkan.
7. Siti Mariam selaku Biro Pengurusan Logistik digalakkan untuk turun padang bagi meninjau sendiri lokasi program. Sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi beliau.
8. Hirulzarina pula selaku Biro Penyediaan Makanan dan Minuman menyatakan rancangan penyediaan makanan sepanjang program berlangsung belum lagi mencapai kata putus kerana belum mendapat quotation terbaik daripada semua ahli.
Admin kira setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Sila baca untuk perhatian bersama. Jangan lupa baca entri-entri yang akan datang selepas ini. Sekian terima kasih.
Friday, February 24, 2012
Tuesday, January 17, 2012
ENTRI 4: Pengumuman Penting 2 – Senarai Nama Peserta Hari Keluarga
Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Setiap ahli TBF yang akan menyertai program hari keluarga sila sahkan kehadiran anda kepada admin (Siti Naquiah Mohd Hanapi – mesej saya menerusi laman facebook atau telefon bimbit). Berikan nama penuh, nombor kad pengenalan diri, dan nombor telefon masing-masing untuk tujuan rekod kehadiran, tempahan bilik, keselamatan, serta lain-lain perkara sepanjang program tersebut berjalan nanti. Setiap maklumat akan disimpan secara sulit. Sekian terima kasih.

ENTRI 3: Pengumuman Penting 1 – Tarikh Mesyuarat Kedua
Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Mesyuarat kedua TBF akan diadakan pada hari Ahad, 19 Februari 2012, bertempat di Rumah Cu Khalid, Shah Alam, jam 5.30 petang. Semua ahli TBF dijemput hadir (sekurang-kurangnya seorang wakil daripada setiap keluarga perlu hadir). Sekian terima kasih.

ENTRI 2: Hari Keluarga The Big Family (Minit Mesyuarat Pertama)
Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Untuk pengetahuan semua, salah seorang daripada ahli TBF iaitu Puan Hajah Raba’iyah a.k.a Mak Teh pernah menyuarakan hasrat peribadi beliau untuk melihat TBF menganjurkan program tahunan hari keluarga yang melibatkan penyertaan semua ahli. Mengambil cetusan idea itu secara serius, Tuan Haji Khalid a.k.a Cu Khalid telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan secara rasmi dengan wakil daripada setiap keluarga demi membincangkan hal ini.
Tarikh: Ahad, 15 Januari 2012
Waktu: 5.45 hingga 7.00 petang
Tempat: Rumah Cu Khalid, Shah Alam
Kehadiran:
- Mohd Hakiem (Abang Ngah)
- Arfah Saadah (Arfah)
- Mohd Shahril (Tekan)
- Siti Khadijah (Jaja)
- Siti Mariam (Siti)
- Khalid (Cu Khalid)
- Siti Naquiah (Ayu)
- Mustafakamal (Mus)
- Noor Hana (Cu Ana)
- Umi Kalthum (Umi)
- Najmuddin (Najmi)
- Hirulzarina (Cu)
- Imaduddin (Imad)
- Nadiah (Diah)
- Mazlan (Lan)
Antara perkara yang telah mencapai kata putus dalam pertemuan ini termasuklah perlantikan dan pembahagian tugas setiap ahli jawatankuasa, cadangan senarai aktiviti yang akan diadakan, serta proses mengundi tempat, tarikh, dan tempoh masa program.
Tarikh: 1 hingga 3 Jun 2012, Jumaat hingga Ahad
Tempat: Cherating, Kuantan (kawasan penginapan akan diputuskan dalam mesyuarat kedua)
Kehadiran: 95 hingga 100 orang ahli TBF
Yuran Penyertaan: Akan diputuskan dalam mesyuarat kedua
Cadangan Aktiviti:
• Solat berjemaah, tazkirah dan senaman ringan waktu pagi
• Melawat tempat pembiakan dan penetasan penyu
• Pertandingan bakat kanak-kanak
• Menonton filem lewat malam
• Membeli-belah di Kemaman
• Mencanting batik
• Treasure hunt
***Sebarang cadangan untuk lain-lain aktiviti amat dialu-alukan.
Ahli Jawatankuasa:
• Pengerusi – Tuan Haji Khalid Kamarol Baharin
• Naib Pengerusi – Puan Hajah Noor Hana Mohd Yunos
• Setiausaha – Siti Naquiah Mohd Hanapi
• Biro Kemudahan dan Tempat Penginapan – Wan Asreena Wan Aziz
• Biro Penyediaan Makanan dan Minuman – Hirulzarina Ismail
• Biro Perancangan dan Penyelarasan Aktiviti – Nadiah Ahmad
• Biro Pengurusan Pengangkutan – Siti Mariam Norrulashikin
• Biro Kewangan dan Tajaan – Imadduddin Mohd Faudzir
• Biro Kesihatan dan Keselamatan – Arfah Saadah Aripin
• Biro Rakaman Video dan Gambar – Ahmad Zahiruddin Mohd Faudzir
• Biro Tugasan Khas – Mohd Hakiem Zazali
Untuk pengetahuan semua, setiap biro akan melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan ahli bagi membantu dan bekerja bersama mereka. Ini bagi meningkatkan mutu kerja, memudahkan sebarang urusan, serta melicinkan proses penganjuran program hari keluarga TBF ini. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Selain daripada itu, skop tugasan bagi setiap biro akan Admin terangkan dalam entri seterusnya. Setiap biro yang dilantik dan semua ahli TBF haruslah peka dan mengambil sedikit masa untuk membaca dan memahaminya. Sebarang perkara yang tidak difahami dan memerlukan penerangan lebih lanjut boleh diajukan terus kepada pengerusi dan Admin sendiri. Sekian terima kasih.

ENTRI 1: Kisah Bermula
Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke blog 'The Big Family' ini. Untuk pengetahuan semua, tujuan utama kewujudan blog ini adalah untuk membuat sebarang pengumuman, menyampaikan maklumat, mengemaskini, dan melaporkan aktiviti-aktiviti penting yang melibatkan penyertaan setiap ahli dalam kumpulan 'The Big Family'. Dalam hal ini, admin akan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan tugas melaporkan setiap aktiviti yang berlaku demi perhatian bersama. Justeru, setiap entri yang dikeluarkan adalah terbuka kepada sebarang komentar dan cadangan daripada semua. Sekian terima kasih.
P/S: Untuk entri kedua dan yang seterusnya, admin akan menggunakan abbreviation TBF untuk rujukan kepada 'The Big Family'. Pendek, ringkas, dan mudah!

Subscribe to:
Comments (Atom)