Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Untuk pengetahuan semua, salah seorang daripada ahli TBF iaitu Puan Hajah Raba’iyah a.k.a Mak Teh pernah menyuarakan hasrat peribadi beliau untuk melihat TBF menganjurkan program tahunan hari keluarga yang melibatkan penyertaan semua ahli. Mengambil cetusan idea itu secara serius, Tuan Haji Khalid a.k.a Cu Khalid telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan secara rasmi dengan wakil daripada setiap keluarga demi membincangkan hal ini.
Tarikh: Ahad, 15 Januari 2012
Waktu: 5.45 hingga 7.00 petang
Tempat: Rumah Cu Khalid, Shah Alam
Kehadiran:
- Mohd Hakiem (Abang Ngah)
- Arfah Saadah (Arfah)
- Mohd Shahril (Tekan)
- Siti Khadijah (Jaja)
- Siti Mariam (Siti)
- Khalid (Cu Khalid)
- Siti Naquiah (Ayu)
- Mustafakamal (Mus)
- Noor Hana (Cu Ana)
- Umi Kalthum (Umi)
- Najmuddin (Najmi)
- Hirulzarina (Cu)
- Imaduddin (Imad)
- Nadiah (Diah)
- Mazlan (Lan)
Antara perkara yang telah mencapai kata putus dalam pertemuan ini termasuklah perlantikan dan pembahagian tugas setiap ahli jawatankuasa, cadangan senarai aktiviti yang akan diadakan, serta proses mengundi tempat, tarikh, dan tempoh masa program.
Tarikh: 1 hingga 3 Jun 2012, Jumaat hingga Ahad
Tempat: Cherating, Kuantan (kawasan penginapan akan diputuskan dalam mesyuarat kedua)
Kehadiran: 95 hingga 100 orang ahli TBF
Yuran Penyertaan: Akan diputuskan dalam mesyuarat kedua
Cadangan Aktiviti:
• Solat berjemaah, tazkirah dan senaman ringan waktu pagi
• Melawat tempat pembiakan dan penetasan penyu
• Pertandingan bakat kanak-kanak
• Menonton filem lewat malam
• Membeli-belah di Kemaman
• Mencanting batik
• Treasure hunt
***Sebarang cadangan untuk lain-lain aktiviti amat dialu-alukan.
Ahli Jawatankuasa:
• Pengerusi – Tuan Haji Khalid Kamarol Baharin
• Naib Pengerusi – Puan Hajah Noor Hana Mohd Yunos
• Setiausaha – Siti Naquiah Mohd Hanapi
• Biro Kemudahan dan Tempat Penginapan – Wan Asreena Wan Aziz
• Biro Penyediaan Makanan dan Minuman – Hirulzarina Ismail
• Biro Perancangan dan Penyelarasan Aktiviti – Nadiah Ahmad
• Biro Pengurusan Pengangkutan – Siti Mariam Norrulashikin
• Biro Kewangan dan Tajaan – Imadduddin Mohd Faudzir
• Biro Kesihatan dan Keselamatan – Arfah Saadah Aripin
• Biro Rakaman Video dan Gambar – Ahmad Zahiruddin Mohd Faudzir
• Biro Tugasan Khas – Mohd Hakiem Zazali
Untuk pengetahuan semua, setiap biro akan melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan ahli bagi membantu dan bekerja bersama mereka. Ini bagi meningkatkan mutu kerja, memudahkan sebarang urusan, serta melicinkan proses penganjuran program hari keluarga TBF ini. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Selain daripada itu, skop tugasan bagi setiap biro akan Admin terangkan dalam entri seterusnya. Setiap biro yang dilantik dan semua ahli TBF haruslah peka dan mengambil sedikit masa untuk membaca dan memahaminya. Sebarang perkara yang tidak difahami dan memerlukan penerangan lebih lanjut boleh diajukan terus kepada pengerusi dan Admin sendiri. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment