Greetings!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.
Pertama sekali, admin ingin memohon maaf kerana lewat mengemaskini blog ini. Ini berikutan kekangan masa selaku seorang pekerja yang berdedikasi di syarikat cewahh. Haha. Baiklah di bawah ini admin akan titipkan maklumat terkini tentang perkara-perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kedua yang lalu.
Tarikh: Ahad, 19 Februari 2012
Waktu: 5.45 hingga 7.00 petang
Tempat: Rumah Cu Khalid, Shah Alam
Kehadiran:
- Salasiah (Anjang)
- Zazali (Pak Anjang)
- Mohd Shahril (Tekan)
- Siti Mariam (Siti)
- Khalid (Cu Khalid)
- Siti Naquiah (Ayu)
- Noor Hana (Cu Ana)
- Umi Kalthum (Umi)
- Najmuddin (Najmi)
- Hirulzarina (Cu)
- Raba'iyah (Mak Teh)
- Nadiah (Diah)
- Mazlan (Lan)
- Ahmad Zahiruddin (Ahmad)
Antara perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat adalah:
1. Tempat: Sanctuary Resort Cherating, Kuantan, Pahang
2. Tarikh dan hari: 1 hingga 3 Jun 2012, Jumaat hingga Ahad
3. Jumlah penyertaan diterima: 82 orang
4. Bayaran: Akan dikutip oleh Biro Kewangan dan Tajaan
- Dewasa (17 tahun ke atas: RM165.8)
- Kanak-kanak (17 tahun ke bawah: Tiada bayaran)
- T-Shirt (sekadar anggaran: RM20 - RM25)
5. Jumlah tempahan apartment: 12 unit (sila rujuk 'ENTRI 7: Bilik Penginapan' untuk maklumat lebih lanjut)
6. Tentatif program telah pun disediakan oleh Nadiah Ahmad dan akan dimaklumkan dalam jangka waktu terdekat dalam 'ENTRI 8: Tentatif Program'. Terdapat beberapa perubahan yang harus dilakukan sebelum ia disiarkan.
7. Siti Mariam selaku Biro Pengurusan Logistik digalakkan untuk turun padang bagi meninjau sendiri lokasi program. Sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi beliau.
8. Hirulzarina pula selaku Biro Penyediaan Makanan dan Minuman menyatakan rancangan penyediaan makanan sepanjang program berlangsung belum lagi mencapai kata putus kerana belum mendapat quotation terbaik daripada semua ahli.
Admin kira setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Sila baca untuk perhatian bersama. Jangan lupa baca entri-entri yang akan datang selepas ini. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment